Tuesday, August 2, 2011

DIA kurniakan apa yang kita perlukan

Izinkan diri ini bermadah pujangga, agar dapat berkongsi rasa..
Sesekali ku biar kalamku berbicara, kerana kata mereka mata pena itu lebih tajam dan menusuk jiwa.
Dalam kita melangkah terkadang kita diuji dgn ujian yg terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis menyesalinya.
Peritnya, kesakitannya dan kesedihannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tetapi ketahuilah dan renungilah kembali kerana mungkin air mata yg gugur tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada duri-duri yg tersasar daripada ruang keikhlasan.
Lalu ia membuatku terfikir akan kebijaksanaan-Nya terhadap semua perkara yang ditentukan-Nya..
Daku memohon sinar mentari yg cerah, Dia turunkan hujan yg mencurah-curah..
Aku mengeluh kerana cuaca tidak seperti yang aku harapkan. Sukar bagiku untuk bergerak kesana kemari, sukar bagiku untuk menjemur kain yang basah sedari semalam. Jika berterusan hujan begini, mungkinkah aku akan dapat pergi ke kuliah menaiki kenderaan awam?
Tetapi tidak ku sangka, Dia selangi hujan dengan pelangi yg indah. Lantas jiwaku yang gundah tidak lagi resah. Pelangi yang indah ku tatapi dengan kesyukuran pada-Mu Ya Allah..
Daku memohon setangkai bunga segar, namun Dia hadiahkanku kaktus yg berduri..
Aku mengeluh melihat kaktus itu. Berduri tajam, berwarna hijau tua. 'Alangkah tidak menariknya!,' bisik hati kecilku. Lalu ku biarkan ia diluar rumah tanpa jagaan.
Tetapi tidak ku sangka, Dia indahkan kaktus itu dengan bunga-bunga kecil yang berseri. Lantas jiwaku yang memberontak tidak lagi sesak. Aku belai kaktus berbunga itu dengan penuh rasa kasih sayang..Masya-Allah!
Daku ingin melihat kupu-kupu cantik, Dia hidangkan pandanganku dengan ulat bulu yang memakan tumbuh-tumbuhan milikku..
Aku kecewa kerana daun-daun bunga-bungaan ku habis berlubang dimakan ulat bulu. Hati terasa ingin marah. Segera aku dapatkan penyembur racun serangga dan ku pergi ke laman rumahku dengan tujuan untuk menyembur racun itu..
Tetapi tidak ku sangka, ulat-ulat bulu itu sudah tiada. Yang kulihat hanyalah beberapa ekor kupu-kupu dan rama-rama pelbagai warna terbang dengan gembira. Lantas ku terduduk malu kepada Yang Esa. Dijadikan-Nya ulat bulu yang dianggap perosak tumbuhan tetapi ditukarkan oleh-Nya ulat-ulat bulu tersebut menjadi kupu-kupu yang menari-nari diudara. Cantik! Maha Suci Allah!
Benar, Allah itu Maha Adil. Dia tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Dia kurniakan apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya, Dia telah mengatur yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216:
".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."
Sometimes I asked for strength but Allah gave me difficulties so that i will be stronger.
Sometimes I asked for wisdom but Allah gave me problems so that i could think the ways of solving them.
Sometimes I asked for prosperity but Allah gave me brain so that i could use it to become a successful Muslim.
Sometimes I asked for courage but Allah gave me dangers so that i could find the ways to overcome those obstacles.
Sometimes I asked for love but Allah gave me tears so that i could drop them when I see those orphans live without love.
Sometimes I received nothing that I wanted but Allah always gave me everything that I Need.
LA TAHZAN YA MUSLIMIN, INNALLAHAMAAKUM!

0 comments: