Sunday, December 25, 2011

correction cinta?

apelah topik kali ni pulak ye.. bukan kesalahan buat latihan je boleh di betulkan tapi... cinta pun boleh diperbetulkan.. kalau kenderaan motor perlu di over haul gitu.. cinta pun sama tau.

Cam ne caranya kita nak perbaiki cinta kita ye.. ingat tau cinta ni luas maksudnya, cinta pada Allah yang utama, cinta rasul kita, cinta ibu bapa kaum keluarga.. cinta pada suami dan anak-anak .. emm banyak lagilah. Tapi hari ni nak cerita tentang cinta yang ada pada setiap pasangannya.
  •  JANGAN PUTUS ASA
           Seorang pencinta sejati tidak akan pernah berputus asa. kesabaran dan ketabahan amat penting, jangan jadi seperti embun okey.. embun akan hilang sedikit demi sedikit seiring dengan tingginya mentari.. kita kena jadi seperti ape ye?.. sama-sama kita fikirkan ye!
  • PERKASAKAN CINTA
          Seandainya pertemuan dengan pasangan adalah kerana cinta, maka pertahankanlah. Tapi ingat, ia kenalah jauh daripada nafsu yang menipu dan disandarkan pada yang maha empunya cinta.
  • GANTUNGKAN HARAPAN
           Jika harapkan cinta hingga ke syurga, maka pergantungan yang benar harus diletakkan kepada-Nya. Mengharap pada manusia, rasa kecewa akan menjelma seandainya apa yang diharapkan tidak kesampaian, tetapi jika kita menggantungkan harapan kepada Allah s.w.t walau apa pun yang berlaku kita akan redha dan pasrah dengan natijah diakhirnya..

walau apa pun , jangan kita lupa, seandainya masalah melanda,  itu adalah sebagai ujian kesetiaan, ujian keimanan dan mungkin juga ujian ketakwaan.

Teruskanlah bercinta hingga ke syurga..


Saturday, December 24, 2011

STRES? ada manfaatnya tu..

  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan yang positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

Thursday, December 22, 2011

DOA RABITAH

SESUNGGUHNYA ENGKAU TAHU
BAHAWA HATI INI TELAH BERPADU
BERHIMPUN DALAM NAUNGAN CINTAMU
BERTEMU DALAM KETAATAN
BERSATU DALAM PERJUANGAN
MENEGAKKAN SYARIAT DALAM KEHIDUPAN

KUATKANLAH IKATANNYA
KEKALKANLAH CINTANYA
TUNJUKILAH JALAN-JALANNYA
TERANGILAH DENGAN CAHAYAMU
YANG TIADA PERNAH PADAM
YA RABBI BIMBINGLAH KAMI


LAPANGKANLAH DADA KAMI
DENGAN KARUNIA IMAN
DAN INDAHNYA TAWAKKAL PADA MU
HIDUPKAN DENGAN MAKRIFAT MU
MATIKAN DALAM SYAHID DI JALAN MU
ENGKAULAH PELINDUNG DAN PEMBELA



tip murah rezeki

  • patuh kepada perintah Allah, tidak rugi menjadi hamba-Nya yang taat.
  • rajin berusaha dan sentiasa berikhtiar untuk memajukan diri.
  • Melakukan solat Dhuha, berdoalah agar diredhai.
  • Sentiasa mengingati Allah, agar diri tidak lalai mencari rezeki yang halal.
  • Sentiasa bersedekah kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah.
  • Menjaga kebajikan ibu bapa dengan meluangkan masa untuk menziarahi mereka atau sentiasa bertanya khabar.