Saturday, March 17, 2012

ADAB SEORANG MURID

          Sebagai seorang murid, kita perlu ada adab dan susila yang patut kita amalkan. Tidak kiralah diperingkat mana murid tersebut. seorang murid di sekolah rendah, seorang pelajar sekolah menengah atau seorang mahasiswa di sebuah kolej mahupun universiti, semuanya mempunyai tujuan yang sama. Menuntut sedikit ilmu untuk memenuhkan dada , sandaran untuk hidup di dunia juga jambatan dan bekalan untuk ke akhirat. 

        Apa ada beradab dengan guru?, jangan pandang ringan ye.! Dengan menghormati guru Insya-Allah apa yang kita pelajari akan lebih diberkati. Mari kita amalkan bersama.

  • Memberi salam terlebih dahulu. Usah sesekali kita terus menerjah sehingga membuatkan guru kita terkejut.
  • Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Rajin bertanya memang bagus, tapi kalau bertanya benda-benda yang tidak berfaedah nanti cikgu bosan pula nak jawab.
  • Meminta izin untuk bertanya. Jangan sesekali mengajukan soalan yang tiada kena-mengena dengan kita sebagai murid. Ingat! jangan sesekali memotong percakapan guru. Maknanya, jika guru sedang bercakap jangan sebok nak bercakap sama.
  • Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Jangan berbisik-bisik atau bersembang dengan rakan sebelah atau juga memandang sambil lewa terhadap guru.
  • Hormati kesihatan guru. Usah bertanya soalan dengan bertubi-tubi apatah lagi ketika kita melihat guru masih dalam keletihan. Bangunan sekolah sekarang tinggi-tinggi belaka, cikgu masih lagi mengah mendaki tangga, biarlah dulu cikgu melepaskan lelah dalam seketika.
  • Bertindak segera apabila disuruh membuat sesuatu. Usah berlengah dalam menyelesaikan sesuatu urusan antara guru dan murid. Kerja rumah yang diberi, jangan dibiar bertangguh nanti langsung tidak disentuh.
  • Hormati keputusan guru. Ingat! guru ada kuasa veto di dalam kelas tau. Jangan cuba-cuba untuk menyangkal pandangan guru secara terburu-buru. Jika ada yang tidak memuaskan hati, cuba-cubalah untuk berbincang.
 mari kita bersama-sama amalkan. moga lebih mendapat keberkatan. Ilmu yang berkat akan lebih mudah untuk diamal.

1 comments:

Anonymous said...

Betul tu... Setuju... Harap anak murid yani akan mengamalkannya... amin...