Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya saat-saat di waktu pagi? Inilah saat yang menentukan cerah atau malapnya hari tersebut. Setiap pagi, saya akan memeluk anak-anak saya seorang demi seorang di pintu pagar sekolah sambil menyebut kata-kata berikut, "InshaAllah hari ini istimewa dan menyeronokkan."
Suatu petang, apabila pulang dari sekolah, Safi yang ketika itu berusia 12 tahun, kelihatan murung.
"Kenapa ni?" saya bertanya.
"Ada orang tolak saya waktu rehat tadi," katanya. "Saya terjatuh ke dalam longkang, lutut saya sakit." Dia menyingsing seluar panjangnya. Kesan lebam di lututnya jelas kelihatan. "Semuanya tak betul hari ni," luahnya. "Saya terlupa bawa buku Bahasa Inggeris dan dimarahi cikgu.
Guru Pendidikan Latihan Jasmani tak datang dan saya terpaksa menjaga kelas (sebagai pengawas). Letih saya menyuruh kawan-kawan supaya diam tetapi semuanya tak endahkan cakap saya. Mereka buat bising dan riuh rendah jadinya. Lepas itu, cikgu disiplin datang dan tuduh saya tak buat kerja."
Sambil memegang tangannya, saya mula berfikir. Bagaimanakah caranya dapat saya ceriakan anak ini?
Saya teringat satu projek yang kami sempurnakan bersama-sama beberapa hari lalu. "Dah hantar projek Sains yang kita buat hari tu?" saya bertanya.
"Sudah," katanya.
"Apa cikgu cakap?"
"Cikgu tunjukkan pada kelas, Dia kata kerja saya bagus."
"Bagaimana pula dengan fail yang Safi patut bawa ke sekolah hari ni?" Guru kelasnya telah menyuruh semua pelajar membawa fail kosong supaya semua salinan nota dan kertas peperiksaan boleh disimpan di dalamnya.
"Puan Tan gembira sangat, Ummi! Semua orang tak ingat nak bawa fail kecuali saya dan Ahmad."
"Bermakna, ada pun perkara yang elok berlaku hari ini kan?" kata saya.
"Ya," jawabnya setuju.
"Masa rehat tadi, kamu seronok tak bermain dengan Nabil dan Aiman?"
"Seronok," jawabnya lagi, mula tersenyum.
"Lepas tu kamu makan bersama-sama?"
"Mm-hmm," dia menganggukkan kepala.
"Jadi, bukankah hari ini hari yang menyeronokkan?"
Dia berfikir sejenak. "Betul kata Ummi. Hari ini taklah seteruk yang saya sangkakan tadi."
Fahami Emosi Anak
Memahami dan melayani emosi anak adalah cara terbaik untuk merapati dirinya. Oleh kerana anda kaya dengan emosi dan mempunyai berbagai-bagai jenis emosi, mudahlah anda bersimpati dengan anak anda. Anda boleh merasai kegembiraan, kekecewaan dan keresahannya serta berkongsi kebahagiannya. Emosi adalah anugerah Ilahi dan kekuatan yang anda miliki sebagai ibu bapa.
Anda sememangnya tidak mampu untuk melindungi anak anda daripada kekecewaan dan kesulitan. Walaupun anda mampu, ini bukan langkah bijak kerana ia hanya menjejaskan kewibawaan anak anda. Seorang anak yang terlalu dijaga dan dimanja pasti akan menghadapi kesukaran menangani masalah dan cabaran apabila hidup bersendirian di kemudian hari.
Optimis Dan Pesimis
Optimisme atau sikap positif ibarat perisai ajaib. Seorang anak yang optimis berdaya menangkis asakan emosi daripada kekecewaan dan kedukaan yang dialaminya. Perkara yang sulit dianggapnya sementara dan ada hikmahnya. Dia meningkat dewasa menjadi seorang yang berani dan tabah.
Anak yang pesimis pula tidak mampu menghadapi asakan emosi yang sama. Baginya, "Tiada perkara yang elok berlaku dalam hidup saya. Semuanya serba tak kena." Dia sukar melihat manfaat dari apa jua kesusahan yang menimpa dirinya. Akibatnya, dia mudah bersedih dan mudah mengaku kalah sebelum berusaha.
"KAMU MENINGKAT 100 PERATUS!"
Apabila saya sekeluarga berpindah ke luar negara, tiga daripada anak-anak saya yang paling kecil memulakan persekolahan dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana mereka menghabiskan masa hampir sehari suntuk di sekolah, mereka mahir berbahasa Inggeris dalam masa hanya enam bulan dan mula bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah. Lama kelamaan, mereka berasa lebih selesa dalam Bahasa Inggeris dan kurang fasih dengan bahasa ibunda, iaitu Bahasa Melayu.
Sekembalinya kami ke tanahair beberapa tahun kemudian, seperti yang dijangka, kesemua mereka gagal dalam ujian Bahasa Melayu. Pada penggal keempat sekolah, penguasaan Bahasa Melayu mereka bertambah baik. Bagaimanapun, Syarif, yang berusia tujuh tahun ketika itu, masih belum dapat menguasainya. Suatu hari, selepas menerima kad laporan sekolah, dia memberitahu saya: "Saya lulus ujian Bahasa Melayu, tapi cikgu kata markah saya yang paling teruk di dalam kelas."
Saya dapat rasakan kata-kata gurunya menyusahkan hatinya. Saya ambil kad laporan tersebut dan perhatikan markah-markah ujiannya. "Penggal pertama, kamu dapat markah 20 peratus. Sekarang kamu dapat 40 peratus. Ini bermakna, kamu meningkat 100 peratus! Alhamdulillah. Ummi rasa ini sudah cukup bagus buat masa ini. Orang lain semuanya belajar Bahasa Melayu sejak kecil lagi. Jangan samakan diri kamu dengan mereka. Bila kamu sudah fasih nanti, InshaAllah barulah boleh bandingkan markah kamu dengan markah mereka."
Dia tersenyum gembira mendengar kata-kata saya. Kata-kata itu meringankan beban yang bersarang di hatinya, beban yang membisikkan dia bukan pelajar cemerlang. Kata-kata itu juga membantunya melihat keadaan dirinya dari sudut yang berbeza dan lebih wajar. Kemampuan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza membantu anak anda berfikir secara optimis.

0 comments:
Post a Comment