Pensel.
Semua orang pernah nampak dan menggunaknnya, betul tak?
Tapi, ada atau tidak antara kita yang pernah terfikir nilai yang ade pada sebatang pensel?
Dua puluh sen kah, tiga ringgit setengah kah ? itu semua nilaian wang pada sebatang pensel. Pernahkah kita terfikir nilai yang tersirat disebalik sebatang pensel?
Pensel jika kita lihat denga mata kasar kita hanyalah alat yang kita guna untuk menulis, melukis, menconteng dan sebagainya, tapi jika kita selami ada lagi nilai yang kita boleh pelajari daripadanya.
Nak tahu apa dia?
Pertama
Pensel ini akan mengingatkan kita, jika kita boleh melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah akan adanya kuasa yang sentiasa membimbing langkah sepanjang hidup kita iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita mangikut kehendaknya.
Kedua
Ketika kita menulis, pensel akan kerap menjadi tumpul. Kita terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel pasti merasai derita yang teramat ketika ia diraut, tetapi hasilnya, ia menjadi tajam dan lancar serta bagus tulisannya. Begitu juga yang akan berlaku dalam hidup kita. kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk kita menjadi yang lebih baik.
Ketiga
Pensel ini mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan itu semula. Begitulah dalam hidup kita, sentiasa membetulkan kesalahan. Ia bukan sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita sentiasa berda di jalan yang benar.
Keempat
Tahukah kita semua, bahagian mana yang lebih penting? Bahagian luar atau isi pensel? Sudah tentu isinya, iaitu karbon yang berada di tengah-tengah pensel. Oleh sebab itu, kita kena berhati-hati dengan sikap buruk yang ada pada diri kita.
Kelima
Pensel ini akan selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga dengan diri kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesan pada diri sendiri dan juga orang lain. Berhati-hatilah dan bijak dalam bertindak.
Demikianlah nilai yang ada pada sebatang pensel. Buat iktibar kita semua.
Adaptasi dari Rashidah Mustaffa SOLUSI 35
1 comments:
Terima kasih yani...
Post a Comment