Tuesday, September 6, 2011

Impian Keluarga Sakinah

Mr. Ismail Masron, Mrs. Siti Suriani Ahmad Supian,
Nur Idzni Wafaa' Ismail, Muhammad Idzni Hariz Ismail

Ia,
Ibarat sebatang pohon yang merimbun
Subur dedaun hijau menaungi
Redup dan nyaman dalam teduhan
Angin sakinah berpuput
Hatibudi bertaut
Wangi bunga dan ranum buahnya
Semerbak merangsang jiwa nan kuddus

Ia,
Belitan akar yang subur dalam iman dan taqwa
Ia,
Cambahan ranting dan dahan berjalur syariah
Ia,
Ibarat bunga dan buah yang memancar akhlak karimah
Ia,
Perkasa sebatang pohon lebat buahnya
Buah untuk dini'mati semua

Keluarga Sakinah
Ianya menjadi impian insan
Menjadi pedoman yang berjiwa ihsan
Pohon yang subur ini
Menghasilkan bunga dan buah
Harum dan ranumnya sumber ni'mah
Meninggalkan benih yang berkhasiat
Bakal menyambung zuriat umat
Jiwanya sakinah limpahannya barakah

Hasil nukilan: Prof. Dato' Dr. Sidek Baba (12 Jun 2010)

2 comments:

FasiHaH SupiaN said...

wafaaa senyum...senyummmmm

Anonymous said...

tahniah...