- Belajarlah ilmu feqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
- Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
- Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabat-sahabtnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya itu.
- Sesiapa yang hendak kepada dunia hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa yang berkehendak kepada akhirat hendaklah dia mencari ilmu juga.
- Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut ilmu semasa dalam kemiskinan.
- Sesiapa yang menuntut ilmu hendaklah ia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
- Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang yang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
- Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidakmelihat kemuliaannya.
- Persahabatab dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di akhirat.
- Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
Thursday, September 8, 2011
kata-kata Imam Syafii tentang kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment