Sunday, December 25, 2011

correction cinta?

apelah topik kali ni pulak ye.. bukan kesalahan buat latihan je boleh di betulkan tapi... cinta pun boleh diperbetulkan.. kalau kenderaan motor perlu di over haul gitu.. cinta pun sama tau.

Cam ne caranya kita nak perbaiki cinta kita ye.. ingat tau cinta ni luas maksudnya, cinta pada Allah yang utama, cinta rasul kita, cinta ibu bapa kaum keluarga.. cinta pada suami dan anak-anak .. emm banyak lagilah. Tapi hari ni nak cerita tentang cinta yang ada pada setiap pasangannya.
  •  JANGAN PUTUS ASA
           Seorang pencinta sejati tidak akan pernah berputus asa. kesabaran dan ketabahan amat penting, jangan jadi seperti embun okey.. embun akan hilang sedikit demi sedikit seiring dengan tingginya mentari.. kita kena jadi seperti ape ye?.. sama-sama kita fikirkan ye!
  • PERKASAKAN CINTA
          Seandainya pertemuan dengan pasangan adalah kerana cinta, maka pertahankanlah. Tapi ingat, ia kenalah jauh daripada nafsu yang menipu dan disandarkan pada yang maha empunya cinta.
  • GANTUNGKAN HARAPAN
           Jika harapkan cinta hingga ke syurga, maka pergantungan yang benar harus diletakkan kepada-Nya. Mengharap pada manusia, rasa kecewa akan menjelma seandainya apa yang diharapkan tidak kesampaian, tetapi jika kita menggantungkan harapan kepada Allah s.w.t walau apa pun yang berlaku kita akan redha dan pasrah dengan natijah diakhirnya..

walau apa pun , jangan kita lupa, seandainya masalah melanda,  itu adalah sebagai ujian kesetiaan, ujian keimanan dan mungkin juga ujian ketakwaan.

Teruskanlah bercinta hingga ke syurga..


Saturday, December 24, 2011

STRES? ada manfaatnya tu..

  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan yang positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

Thursday, December 22, 2011

DOA RABITAH

SESUNGGUHNYA ENGKAU TAHU
BAHAWA HATI INI TELAH BERPADU
BERHIMPUN DALAM NAUNGAN CINTAMU
BERTEMU DALAM KETAATAN
BERSATU DALAM PERJUANGAN
MENEGAKKAN SYARIAT DALAM KEHIDUPAN

KUATKANLAH IKATANNYA
KEKALKANLAH CINTANYA
TUNJUKILAH JALAN-JALANNYA
TERANGILAH DENGAN CAHAYAMU
YANG TIADA PERNAH PADAM
YA RABBI BIMBINGLAH KAMI


LAPANGKANLAH DADA KAMI
DENGAN KARUNIA IMAN
DAN INDAHNYA TAWAKKAL PADA MU
HIDUPKAN DENGAN MAKRIFAT MU
MATIKAN DALAM SYAHID DI JALAN MU
ENGKAULAH PELINDUNG DAN PEMBELA



tip murah rezeki

  • patuh kepada perintah Allah, tidak rugi menjadi hamba-Nya yang taat.
  • rajin berusaha dan sentiasa berikhtiar untuk memajukan diri.
  • Melakukan solat Dhuha, berdoalah agar diredhai.
  • Sentiasa mengingati Allah, agar diri tidak lalai mencari rezeki yang halal.
  • Sentiasa bersedekah kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah.
  • Menjaga kebajikan ibu bapa dengan meluangkan masa untuk menziarahi mereka atau sentiasa bertanya khabar.

Wednesday, September 14, 2011

maa takaful

T50327E
ISMAIL BIN MASRON
019-2707450
mael800@gmail.com


Salam semua,


Misi saya adalah untuk menyebarkan maklumat takaful kepada rakan-rakan, kenalan dan orang ramai. Saya amat yakin bahawa produk takaful adalah sangat baik dan amat perlu dimiliki oleh semua insan.
 


Pada saya tiada produk kewangan yang seunik produk takaful. Tiada produk kewangan lain yang sehebatnya. Tiada produk yang dapat membantu anda ketika dalam saat anda sangat memerlukan. Ia memberikan anda keyakinan dalam menjalankan aktiviti harian dan ketenangan bahawa anda dan keluarga telah dilindungi. Percayalah, ia memberikan anda suatu “kebebasan” untuk menumpukan seluruh perhatian terhadap tugas, ibadah dan tanggungjawab anda.

Namun, masih ramai yang was-was dan kurang yakin terhadap syarikat takaful. Mungkin kerana kurang maklumat mengenai produk, produk yang terlalu banyak di pasaran, cerita yang tidak tepat dari rakan atau penjelasan agen yang mengelirukan. Oleh itu, mereka tidak mahu membazirkan wang titik peluh terhadap sesuatu yang mereka rasa merugikan.

Ramai juga yang menyertai skim takaful tetapi tidak tahu apa yang mereka bayar dan faedah apa yang didapati. Tidak kurang juga yang tidak sedar apa yang dilindungi dan apa yang tidak. Maka, ramai yang tidak menuntut apa yang boleh dituntut dan ramai pula yang mahu menuntut apa yang tidak boleh dituntut.

Maka adalah menjadi tugas saya untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan, menyalurkan informasi, menguraikan kekusutan fikiran disamping menawarkan produk-produk
 MAA TAFAFUL yang hebat dan unggul kepada yang mencari. Yakinlah, produk-produk MAA TAKAFULadalah unik serta memenuhi citarasa keperluan anda sekeluarga.

Terima kasih.

Sila SMS atau Emel untuk rundingan percuma dan servis yang terbaik.

Sila SMS atau Emel fakta berikut untuk quotation percuma:

Nama:
Tarikh lahir:
Pekerjaan:
Jantina:
Merokok (Y/T):
No H/P:
Alamat:
Bajet untuk takaful/insurans:

sesabar dan seredha si tiram


Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama-sama dengan koloninya yang melekat kukuh pada sebuah batu besar. Makanan memang mudah didapati disitu dan habitatnya pun memang sesuai untuk koloni tiram tersebut.

         Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut. Sepasang tiram tersebut tidak sempat untuk menutup cengkerang mereka dan terpaksa menelan butiran pasir tersebut. Mereka cuba untuk meludahkan semula butiran pasir, tetapi tidak mampu.

         Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh pasangan tiram itu, tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Lalu tiram tersebut memberi idea kepada pasangannya: " Jika kita tidak boleh mengeluarkan pasir ini apa kata kita tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?". Pasangannya pun bersetuju tanpa sebarang bantahan.

         Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cengkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanyalah pasir.


 
         Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi sebutir mutiara maka tidak mampukah manusia yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t akal, lima pancaindera, hati dan status yang hebat sebagai khalifah untuk mengubah sesuatu menjadi yang lebih baik? Apa agaknya yang kita mampu lakukan?

Tuesday, September 13, 2011

iktibar daripada sebatang pensel

Pensel.
Semua orang pernah nampak dan menggunaknnya, betul tak?
Tapi, ada atau tidak antara kita yang pernah terfikir nilai yang ade pada sebatang pensel?
Dua puluh sen kah, tiga ringgit setengah kah ? itu semua nilaian wang pada sebatang pensel. Pernahkah kita terfikir nilai yang tersirat disebalik sebatang pensel?
Pensel jika kita lihat denga mata kasar kita hanyalah alat yang kita guna untuk menulis, melukis, menconteng dan sebagainya, tapi jika kita selami ada lagi nilai yang kita boleh pelajari daripadanya.
Nak tahu apa dia?

Pertama
Pensel ini akan mengingatkan kita, jika kita boleh melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah akan adanya kuasa yang sentiasa membimbing langkah sepanjang hidup kita iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita mangikut kehendaknya.

Kedua
Ketika kita menulis, pensel akan kerap menjadi tumpul. Kita terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel pasti merasai derita yang teramat ketika ia diraut, tetapi hasilnya, ia menjadi tajam dan lancar serta bagus tulisannya. Begitu juga yang akan berlaku dalam hidup kita. kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk kita menjadi yang lebih baik.

Ketiga
Pensel ini mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan itu semula. Begitulah dalam hidup kita, sentiasa membetulkan kesalahan. Ia bukan sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita sentiasa berda di jalan yang benar.

Keempat
Tahukah kita semua, bahagian mana yang lebih penting? Bahagian luar atau isi pensel? Sudah tentu isinya, iaitu karbon yang berada di tengah-tengah pensel. Oleh sebab itu, kita kena berhati-hati dengan sikap buruk yang ada pada diri kita.

Kelima
Pensel ini akan selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga dengan diri kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesan pada diri sendiri dan juga orang lain. Berhati-hatilah dan bijak dalam bertindak.

Demikianlah nilai yang ada pada sebatang pensel. Buat iktibar kita semua.

Adaptasi dari Rashidah Mustaffa SOLUSI 35

Thursday, September 8, 2011

kata-kata Imam Syafii tentang kehidupan

  1. Belajarlah ilmu feqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
  2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
  3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabat-sahabtnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya itu.
  4. Sesiapa yang hendak kepada dunia hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa yang berkehendak kepada akhirat hendaklah dia mencari ilmu juga.
  5. Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut ilmu semasa dalam kemiskinan.
  6. Sesiapa yang menuntut ilmu hendaklah ia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang yang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidakmelihat kemuliaannya.
  9. Persahabatab dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di akhirat.
  10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

Wednesday, September 7, 2011

kawan vs jangan kawan

 

BOLEH KE KITA HIDUP TANPA KAWAN?

Jawapannya dah tentu tidak boleh kerana orang yang tidak berkawan itu adalah orang yang gagal dalam hidupnya. Macam kera sumbang gitu. takut untuk hidup bermasyarakat. Kita hidup kena berjemaah, berjemaah dalam segala hal. Buka bukalah pintu hati untuk berkawan, tak rugi sekiranya kita berkawan. Banyak untungnya, dapat kongsi pengalaman, dapat juge berkongsi ilmu.
Tapi, kita kena ingat, pilihlah kawan yang sesuai. Biar kita cerewet dalam memilih kawan asalkan kita bahagia dunia dan akhirat.
Kawan yang bagaimana harus menjadi pilihan...
Jom kita kongsi apa yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali dalam proses pemilihan kawan.

PERTAMA
Pilih kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana nanti akan menyakitkan hati.

KEDUA
Pilih kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.

KETIGA
Pilih kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kepada kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

KEEMPAT
Pilih kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

KELIMA
Pilih kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

kesemua lima perkara di atas ada perkara yang tersirat disebaliknya.. cuba kita renung-renungkan dan fikirkan..

Nasihat Imam Abu Hanifah Tentang Kehidupan


kartun-muslim


  • Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan
  • jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah menjaga maruah.
  • Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pandidik.
  • Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.
  • Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
  • Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.
  • Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
  • Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
  • Bencikan perjara yang hina di sisi orang yang berilmu.
  • Janganlah banyak bercerita dan bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

Tuesday, September 6, 2011

Impian Keluarga Sakinah

Mr. Ismail Masron, Mrs. Siti Suriani Ahmad Supian,
Nur Idzni Wafaa' Ismail, Muhammad Idzni Hariz Ismail

Ia,
Ibarat sebatang pohon yang merimbun
Subur dedaun hijau menaungi
Redup dan nyaman dalam teduhan
Angin sakinah berpuput
Hatibudi bertaut
Wangi bunga dan ranum buahnya
Semerbak merangsang jiwa nan kuddus

Ia,
Belitan akar yang subur dalam iman dan taqwa
Ia,
Cambahan ranting dan dahan berjalur syariah
Ia,
Ibarat bunga dan buah yang memancar akhlak karimah
Ia,
Perkasa sebatang pohon lebat buahnya
Buah untuk dini'mati semua

Keluarga Sakinah
Ianya menjadi impian insan
Menjadi pedoman yang berjiwa ihsan
Pohon yang subur ini
Menghasilkan bunga dan buah
Harum dan ranumnya sumber ni'mah
Meninggalkan benih yang berkhasiat
Bakal menyambung zuriat umat
Jiwanya sakinah limpahannya barakah

Hasil nukilan: Prof. Dato' Dr. Sidek Baba (12 Jun 2010)

jom buat latihan

The table below shows the result of an experiment. Underline the      
correct answer.                                                                        [10 marks]
Jadual di bawah menunjukkan keputusan satu eksperimen. Garis
jawapan yang betul.                                                              [10 markah]

Spring
Original  length
Panjang asal
Length after the spring is stretched
Panjang selepas spring itu diregang
A
2 paper clips
2 klip kertas
3 paper clips
3 klip kertas
B
2 paper clips
2 klip kertas
7 paper clips
7 klip kertas
C
2 paper clips
2 klip kertas
5 paper clips
5 klip kertas


1-    A spring becomes ( shorter  /  longer ) when it stretched.
Spring menjadi   (  lebih pendek  /  lebih panjang  )  apabila diregangkan.

2-    Spring (  A  /  B  /  C  ) stretches the least.
Spring  (  A  /  B  /  C  ) meregang paling sedikit.

3-    Spring   C   is  easier to stretch than spring  (  A   /   B   ).
Spring   C  lebih mudah diregangkan daripada  spring  (  A  /  B  )

4-    The springs have different  (  lengths  /  diameters  ).
Spring-spring itu  mempunyai  (  panjang  /  diameter  ) yang berbeza.
                                                                       
5-    If two springs have the same length but different diameters, the spring with the bigger diameter will strectch  (  more  /  less  )
              Jika dua spring mempunyai panjang yang sama
              tetapi  diameter yang berbaza, spring dengan diameter yang
              lebih besar akan meregang  (  lebih banyak  /  kurang  ).

unit 8- MIXING SUBSTANCES

MIXTURES : When two or more substances are mixed together but not chemically joined they are called as mixtures.
Mixtures are absolutely everywhere you look. Mixtures form for most things in nature. Rocks, air, or the ocean, they are just about anything you find. They are substances held together by physical forces, not chemical. This statement means that the individual molecules enjoy being near each other, but their fundamental chemical structure does not change when they enter the mixture.
The methods of separation of mixtures depend on the constituents of the mixtures.
The constituents in a mixture can be separated by easy methods like picking, sieving, or winnowing. You can make a mixture of rice, paper, clips and marbles. These can be separated into different piles of rice, paper, clips and marbles. Some mixtures can be separated by evaporation or condensation.

Solutions : Have you ever put sugar in a glass of milk? After you stir, you can no longer see the sugar. The sugar is still there, as you can taste it. A mixture of sugar and milk is called as solution. By evaporation we can separate the different kinds of matter in solution.


Physical changes: Matter undergoes changes. Changes in matter, in which no new substances are formed are called as physical changes. Changes in temperature can make matter look different. Cooling makes liquid water change to ice.
Physical changes of matter
The ice has the same particles, the liquid water has. It can be reverted back to water by melting. Here no new substances are formed. So it is a physical change.
Chemical changes : Matter undergoes changes. Some changes produce new substances. Such changes are called as chemical changes. When wood burns, it combines with the oxygen in air and forms smoke and ash.
Chemical changes of matter - fire         Chemical changes of matter - burning
You notice an orange brown coating on things made of iron when they come in contact with moisture. This is called as rust. Rusting is a chemical change.
Chemical changes of matter - rust





UNIT 7- SOIL

 soils banner.BMP (494262 bytes)
SOIL TYPES
Sand, silt, and clay are the basic types of soil. Most soils are made up of a combination of the three. The texture of the soil, how it looks and feels, depends upon the amount of each one in that particular soil. The type of soil varies from place to place on our planet and can even vary from one place to another in your own backyard.

SOIL CONVERSATION
Soil erosion, caused by wind and rain, can change land by wearing down mountains, creating valleys, making rivers appear and disappear. It is a slow and gradual process that takes thousands, even millions of years. But erosion may be speeded up greatly by human activities such as farming and mining. Soil develops very slowly over a long period of time but can be lost too quickly. The clearing of land for farming, residential, and commercial use can quickly destroy soil. It speeds up the process of erosion by leaving soil exposed and also prevents development of new soil by removing the plants and animals that help build humus.
Today's farmers try to farm in a way that reduces the amount of erosion and soil loss. They may plant cover crops or use a no-till method of farming. Soil is an important resource that we all must protect. Without soil there is no life.

SOIL COMPOSITION
Soils are a mixture of different things; rocks, minerals, and dead, decaying plants and animals. Soil can be very different from one location to another, but generally consists of organic and inorganic materials, water and air. The inorganic materials are the rocks that have been broken down into smaller pieces. The size of the pieces varies. It may appear as pebbles, gravel, or as small as particles of sand or clay. The organic material is decaying living matter. This could be plants or animals that have died and decay until they become part of the soil. The amount of water in the soil is closely linked with the climate and other characteristics of the region. The amount of water in the soil is one thing that can affect the amount of air. Very wet soil like you would find in a wetland probably has very little air. The composition of the soil affects the plants and therefore the animals that can live there.

Monday, September 5, 2011

pandangan mata selalu menipu pandangan hati itu yang hakiki...


bee2 Gambar Mata yang Sangat Cantik dan Menawan


Allah Maha Melihat. Melihat seluruhnya. Apabila mata Allah melihat, pasti tidak akan ada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah walau sekelumit zarah sekalipun yang zahir mahupun yang tersembunyi.
Subhanallah...
Tetapi ciptaan yang bernama "insan" itu seringkali melihat dengan pandangan hati.
Andai hati itu bersih, pasti yang tersembunyi akan kelihatan berseri.
Tetapi andai hati itu banyak tompok dosa yang berkelompok, maka hasilnya tunggu dan lihat.
Saya pernah mendengar satu tazkirah yang pengisiannya sangat bermakna.
"Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya pada Allah S.W.T itu pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan Allah."
Pilihan Allah adalah pilihannya, tetapi bagaimana kita tahu pilihan itu adalah pilihan Allah terhadap kita? Pada saya jawapannya adalah istikharah. Istikharah memohon petunjuk Allah S.W.T.
Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan.
Apabila kita memandang setiap ketentuan Allah, setiap ujian Allah dan setiap pemberian Allah ke atas diri kita dengan pandangan yang penuh hikmah, pasti yang akan kita temui bukan noktah.
Tetapi kelembutan dan kasih sayang yang tidak pernah renggang, sungguhpun yang DIA berikan itu adalah kesakitan yang kita rasakan tidak akan pernah hilang.
Masa yang berlalu berbekalkan kesabaran akan membuka mata yang bersengkang untuk meminta kebenaran hikmah luas terbentang dan ketika itu, adakah masih mahu menentang? Atau megeluh panjang di atas segala nasib yang dikatakan malang?
Jangan, Allah itu Maha penyayang. Apabila Allah memberikan pasti pemberian itu ada kebaikan yang kemudiannya akan membuat kita tenang. Andai kesabaran menjadi tunjang dan berbaik sangka pada Allah yang selalu kita ingatkan.
"Insan" itu kejadiannya banyak kelemahan ujian datang untuk mendidik hati untuk beriman lembut menerima setiap pengajaran berfikir tentang kekuasaan DIA yang menciptakan.
Manusia itu tidak terlepas dari ujian yang menjadikan rapuhnya Iman, tersungkur ke tanah bagai tiada kekuatan untnk bangkit bertahan. Menimbulkan banyak persoalan, kenapa dan mengapa Allah memberikan kesakitan.
Namun apabila pertolongan Allah datang melalui teman, segala peringatan Allah disampaikan melalui peti suara insan, kembali kukuh, senyum menikmati hikmah kehidupan. Mengambil pelajaran dan pengajaran atas setiap pemberian.
Sesungguhnya ujian begini sangatlah ringan andai dibandingkan dengan mereka terdahulu yang berperang menegakkan kebenaran. Subhannallah.
Allah itu masih sayang dan sangat sayang kerana memberikan ujian. Ujian itu tandanya mata Allah, perhatian Allah masih pada kita, masih belum berpaling dari kita dan masih tidak jemu mahu mendidik kita agar sedar akan siapa diri kita, amal ibadah kita, dunia kita dan Akhirat kita kelak. Insya-Allah.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (al-Ankabut, ayat 2-3)

Wednesday, August 24, 2011

cantik yang dipandang... di hati mengundang tenang


kartun-islami2
Hijab CintaMuKecantikan itu bukan diukur,
Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.
Kecantikan itu bukan terlihat,
Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.
Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.
Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!
Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu,iman memujuk,
Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.
Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah dilidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan Hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari
InsyaALLAH,ya Rabbal Alamin..

Tuesday, August 23, 2011

with love..

tidak kira apa yang telah kalian buat walau sebesar zarah sekalipun, MAMA  sangat menghargainya. Mungkin masih tak mampu membalas atau tak akan mampu membalas sampai bila-bila, tapi jasa yang ditabur akan tetap di hati.

"Hidup ini memang tidak semudah yang disangkakan, tidak juga terlalu susah seperti yang difikirkan, asal saja kita yakin dan percaya dalam apa pun keadaan kita tidak akan sendiri. kalaupun kita merasakan kita sendiri, kita tetap tidak sendiri kerana masih ada DIA yang satu. innallahamaakum....

Monday, August 15, 2011

bersabarlah.. sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

jom kita contohi Rasullullah dalam bersahabat

Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.
 Persahabatan Rasulullah S.A.W dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Rasulullah S.A.W juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."
Allah S.W.T memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah S.A.W dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah S.A.W juga telah menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud: "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
1) Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
 2) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubaidah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." (Hadis riwayat Muslim).
 3) Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Begitulah antara saranan-saranan Rasulullah S.A.W kepada kita untuk memilih rakan yang benar-benar ikhlas dan baik untuk dijadikan teman. Sesungguhnya manusia sering lupa dan justeru itu punyai rakan yang baik serta sering mengingatkan kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah merupaakan satu bonus untuk kita agar kita dapat menjadi insan yang benar-benar bertakwa

Saturday, August 13, 2011

Syukur Ya Allah...

Setelah berhempas pulas.. bukan sekadar sehari dua, tapi berhari-hari mengerjakan assigment yang paling susah dirasakan sepanjang tempoh belajar ini.. Kupanjatkan syukur yang teramat padaMu Ya Allah... selesai dengan penuh kerumitan dan kelelahan.. bukan sekadar klik sekali dua pada tetikus yang ada.. bukan juga dua atau tiga kali mematukkan jejari pada papan kekunci.. naik pedih mata kurnian Mu yaAllah menghadap pada skrin putih netbook comelku..
Finally.. terwujud juga cd dhaif penuh syahdu dalam keperitan pembikinannya.. Bukan nilai wang ringgit yang dikisahkan.. bukan juga rintik peluh yang merenik didahi.. tapi .. tak mengapalah semua itu.. kiranya tidak menyusahkan..
Pengalaman, ilmu dan pengajaran yang aku perolehi memang betul-betul meresap di sudut hati kurniaanMU Ya Allah.. kesabaran yang terdidik hasil memenuhi tututan ini..mendidik hati dalam menjalani ibdah puasa tahun ini... Syukur YA ALLAH

Monday, August 8, 2011

rejam lembing...

Sunday, August 7, 2011

Insy-Allah hari akan menyeronokkan...

Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya saat-saat di waktu pagi? Inilah saat yang menentukan cerah atau malapnya hari tersebut. Setiap pagi, saya akan memeluk anak-anak saya seorang demi seorang di pintu pagar sekolah sambil menyebut kata-kata berikut, "InshaAllah hari ini istimewa dan menyeronokkan."
Suatu petang, apabila pulang dari sekolah, Safi yang ketika itu berusia 12 tahun, kelihatan murung.
"Kenapa ni?" saya bertanya.
"Ada orang tolak saya waktu rehat tadi," katanya. "Saya terjatuh ke dalam longkang, lutut saya sakit." Dia menyingsing seluar panjangnya. Kesan lebam di lututnya jelas kelihatan. "Semuanya tak betul hari ni," luahnya. "Saya terlupa bawa buku Bahasa Inggeris dan dimarahi cikgu.
Guru Pendidikan Latihan Jasmani tak datang dan saya terpaksa menjaga kelas (sebagai pengawas). Letih saya menyuruh kawan-kawan supaya diam tetapi semuanya tak endahkan cakap saya. Mereka buat bising dan riuh rendah jadinya. Lepas itu, cikgu disiplin datang dan tuduh saya tak buat kerja."
Sambil memegang tangannya, saya mula berfikir. Bagaimanakah caranya dapat saya ceriakan anak ini?
Saya teringat satu projek yang kami sempurnakan bersama-sama beberapa hari lalu. "Dah hantar projek Sains yang kita buat hari tu?" saya bertanya.
"Sudah," katanya.
"Apa cikgu cakap?"
"Cikgu tunjukkan pada kelas, Dia kata kerja saya bagus."
"Bagaimana pula dengan fail yang Safi patut bawa ke sekolah hari ni?" Guru kelasnya telah menyuruh semua pelajar membawa fail kosong supaya semua salinan nota dan kertas peperiksaan boleh disimpan di dalamnya.
"Puan Tan gembira sangat, Ummi! Semua orang tak ingat nak bawa fail kecuali saya dan Ahmad."
"Bermakna, ada pun perkara yang elok berlaku hari ini kan?" kata saya.
"Ya," jawabnya setuju.
"Masa rehat tadi, kamu seronok tak bermain dengan Nabil dan Aiman?"
"Seronok," jawabnya lagi, mula tersenyum.
"Lepas tu kamu makan bersama-sama?"
"Mm-hmm," dia menganggukkan kepala.
"Jadi, bukankah hari ini hari yang menyeronokkan?"
Dia berfikir sejenak. "Betul kata Ummi. Hari ini taklah seteruk yang saya sangkakan tadi."
Fahami Emosi Anak
Memahami dan melayani emosi anak adalah cara terbaik untuk merapati dirinya. Oleh kerana anda kaya dengan emosi dan mempunyai berbagai-bagai jenis emosi, mudahlah anda bersimpati dengan anak anda. Anda boleh merasai kegembiraan, kekecewaan dan keresahannya serta berkongsi kebahagiannya. Emosi adalah anugerah Ilahi dan kekuatan yang anda miliki sebagai ibu bapa.
Anda sememangnya tidak mampu untuk melindungi anak anda daripada kekecewaan dan kesulitan. Walaupun anda mampu, ini bukan langkah bijak kerana ia hanya menjejaskan kewibawaan anak anda. Seorang anak yang terlalu dijaga dan dimanja pasti akan menghadapi kesukaran menangani masalah dan cabaran apabila hidup bersendirian di kemudian hari.
Optimis Dan Pesimis
Optimisme atau sikap positif ibarat perisai ajaib. Seorang anak yang optimis berdaya menangkis asakan emosi daripada kekecewaan dan kedukaan yang dialaminya. Perkara yang sulit dianggapnya sementara dan ada hikmahnya. Dia meningkat dewasa menjadi seorang yang berani dan tabah.
Anak yang pesimis pula tidak mampu menghadapi asakan emosi yang sama. Baginya, "Tiada perkara yang elok berlaku dalam hidup saya. Semuanya serba tak kena." Dia sukar melihat manfaat dari apa jua kesusahan yang menimpa dirinya. Akibatnya, dia mudah bersedih dan mudah mengaku kalah sebelum berusaha.
"KAMU MENINGKAT 100 PERATUS!"
Apabila saya sekeluarga berpindah ke luar negara, tiga daripada anak-anak saya yang paling kecil memulakan persekolahan dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana mereka menghabiskan masa hampir sehari suntuk di sekolah, mereka mahir berbahasa Inggeris dalam masa hanya enam bulan dan mula bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah. Lama kelamaan, mereka berasa lebih selesa dalam Bahasa Inggeris dan kurang fasih dengan bahasa ibunda, iaitu Bahasa Melayu.
Sekembalinya kami ke tanahair beberapa tahun kemudian, seperti yang dijangka, kesemua mereka gagal dalam ujian Bahasa Melayu. Pada penggal keempat sekolah, penguasaan Bahasa Melayu mereka bertambah baik. Bagaimanapun, Syarif, yang berusia tujuh tahun ketika itu, masih belum dapat menguasainya. Suatu hari, selepas menerima kad laporan sekolah, dia memberitahu saya: "Saya lulus ujian Bahasa Melayu, tapi cikgu kata markah saya yang paling teruk di dalam kelas."
Saya dapat rasakan kata-kata gurunya menyusahkan hatinya. Saya ambil kad laporan tersebut dan perhatikan markah-markah ujiannya. "Penggal pertama, kamu dapat markah 20 peratus. Sekarang kamu dapat 40 peratus. Ini bermakna, kamu meningkat 100 peratus! Alhamdulillah. Ummi rasa ini sudah cukup bagus buat masa ini. Orang lain semuanya belajar Bahasa Melayu sejak kecil lagi. Jangan samakan diri kamu dengan mereka. Bila kamu sudah fasih nanti, InshaAllah barulah boleh bandingkan markah kamu dengan markah mereka."
Dia tersenyum gembira mendengar kata-kata saya. Kata-kata itu meringankan beban yang bersarang di hatinya, beban yang membisikkan dia bukan pelajar cemerlang. Kata-kata itu juga membantunya melihat keadaan dirinya dari sudut yang berbeza dan lebih wajar. Kemampuan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza membantu anak anda berfikir secara optimis.

ramadhan dihayati Taqwa dimiliki...

Allah Swt memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamai Al Rayyan. Pintu syurga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.
Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah dengan  gandaan pahala padanya serta pengampunan dosa bagi hambaNya yang memohon keampunan daripadaNya mestilah digunakan sebaik mungkin oleh kita dalam menambahkan amalan soleh serta meningkatkan kualiti ibadat tersebut agar kita sama-sama dapat meraih segala tawaran dan janji Allah yang begitu istimewa ini yang tidak ada pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Tanyalah diri kita samada ibadat yang dikerjakan selama ini termasuk ibadat puasa adakah sudah mampu menewaskan nafsu dalam diri serta melahirkan diri kita sebagai umat yang begitu inginkan Syurga sehingga kita berlumba untuk beramal dan bersifat sebagaimana yang disuruh oleh Allah dan dalam masa yang sama kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar menjauhi amalan dan sifat ahli neraka dengan menghindari segala perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah bagi orang yang berpuasa penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa'ad :
قال الرسول : ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ    – رواه ومسلم
Sesungguhnya  pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.
[Riwayat Muslim]

Saturday, August 6, 2011

A Beautiful Prayer

In The Name Of ALLAH The Most Beneficient And Merciful

I asked Allah to take away my habit. Allah Said, No. It is not for me to take away, but for you to give up.

Iasked Allah to make my handicapped child whole. Allah said, No. His spirit is whole, his body is only temporary.

I asked Allah to grant me patience. Allah said, No. Patience is a by-product of tribulations, it isn't granted, it is learned.

I asked Allah to give happiness. Allah said No. I give you blessings. Happiness is up to you.

I asked Allah to spare me pain. Allah said , No. Suffering draws you apart from worldly cares and brings you closer to me.

I asked Allah to make my spirit grow. Allah said No. You must grow on your own!, but I will prune you to make you fruitful.

I asked Allah for all things that I might enjoy life. allah said, No, I will give you life, so that you may enjoy all things.

I asked Allah to help me love others, as much as He loves me. Allah said... Ahhhh, finally you have the idea.

If you love Allah, spread this out. MAY ALLAH BLESS YOU.

Thursday, August 4, 2011

seronok mereka... sesekali pegang tepung





Ini adalah antara gambar yang dapat diambil ketika aktiviti kokurikulum baru-baru ini.
Mereka semua diberi peluang untuk membuat sendiri kuih "BUAH MELAKA"
Seronok...
masing-masing tak sabar nak pegang tepung
nak makan hasil tangan sendiri kononnya..
Ada diantara mereka yang..
first time pegang tepung..
first time masak kuih sendiri..
macam-macam kerenah..
Tapi kami semua enjoy hari tu..
Belajar sesuatu yang baru..
Yang bila kat rumah..
ibu mereka pasti tak izinkan nak buat sendiri..

Wednesday, August 3, 2011

selawat pelindung diri



sekadar buat renungan..



lihat si kecil itu,
Usianya baru menginjak ke angka tiga
Segalanya bagi si kecil itu
indah.. tiada kecelaan
mudah... tiada kesusahan
dunia padanya
aman... selamat... tiada ancaman
mudah kan?


Tapi..
itu sekadar dunia pada pandangan si kecil
si kecil yang belum mengerti tentang
kehidupan...
perjalanan hidupnya masih jauh..
lakaran halatujunya masih belum  terlukis padu
segalanya..
terletak pada lembut tangan si ibu membelainya
santun kata si ibu menasihatinya
Doa kudus si ibu untuk setiap denyutan nadi dan hembusan nafasnya
Redha si ibu untuk setiap jejak langkahnya
ibu..
hargailah amanah Allah yang dititipkan kepadamu
jangan ditidakkan kehadirannya
disiakan kewujudannya


apa masalah kita.. semuanya serba tak kena


Setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tetapi... kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman, "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan..."
Apa masalah kita?
Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.
Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tetapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita.
Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tidak bersyukur pada Allah. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih... mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?
Ada, mungkin ada, tapi dulu... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?
Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?
Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.
Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri. Tenanglah dikau, wahai hati...

Yakinlah.. Kesembuhan itu milik Allah

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]
Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?
Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.
Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.
Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.
Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.
Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.
Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]
Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.